1.En.Solahuddin ( Ketua Penasihat)
2.En.Kamal Mizan bin Ismail
3.Pn.Norita bt.Abdullah( Setiausaha )
4.Pn.Zaimi bt.Mamat(Bendahari)
5.Pn.Suzana bt.Ngah@Salim
6.Pn.Hjh Haniza bt Omar
7.Pn.Hjh Sharifah Zanirah bt Tn Abdul Razak
8.Pn Zainab bt Abd Rahman
9.Pn Nur Ardina bt. Fauzi
Wednesday, December 29, 2010
Tuesday, December 28, 2010
Kejang Otot dan Puncanya
Punca ketegangan dan kejang otot ini mungkin kerana anda terlalu aktif atau setelah anda melakukan sebarang rutin senaman. Jika ia berlaku selepas anda melakukan latihan di gym, anda tak perlu risau. Rasa sakit sendi itu menunjukkan aktiviti kecergasan anda berkesan.
Apa yang perlu anda lakukan? 30 minit sebelum anda melakukan sebarang aktiviti atau ke gym, pastikan anda makan dan begitu juga 30 minit selepas aktiviti tersebut.
Makanan yang sesuai adalah seperti susu yang mengandungi ”whey protein”; makanan daripada karbohidrat yang ringkas seperti buah – buahan untuk memberikan tenaga dan sumber protein bagi membantu pembinaan otot. Fuhh,panjang lebar. hehe!
1- 2 jam selepas bersenam, baru lah anda boleh mengambil makanan yang biasa. Kekejangan otot juga merupakan simpton badan anda sedang dehidrasi juga kekurangan garam.
P/s: Seeloknya, sebelum melakukan latihan di gym, jangan lupa melakukan aktiviti regangan badan bagi mengelakkan masalah ketegangan otot.
Wednesday, December 15, 2010
BACAAN IKRAR
BAHAWASANYA KAMI / BELIA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA,DENGAN INI BERJANJI / AKAN TAAT KEPADA TUHAN,SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG DAN YANG DI PERTUAN NEGERI KAMI / BERDASARKAN KEPADA PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA / SERTA AKAN BERSAMA-SAMA MEREKA DI SELURUH DUNIA / MEMBANTU MEREKA YANG SAKIT DAN MENDERITA / BERDASARKAN KEPADA PRINSIP BULAN SABIT MERAH SEPERTI BERIKUT :
KEMANUSIAAN
KESAKSAMAAN
KEBERKECUALIAN
KEBEBASAN
PERKHIDMATAN SUKARELA
BERSATU
KESEJAGATAN
Friday, December 10, 2010
Kecederaan dan Puncanya
Patah Tulang
Bebatan
Peredaran Darah
Tulang yang retak ataupun pecah dipanggil patah. Biasanya amat sukar untuk mengenalpasti sama ada tulang tersebut retak atau pecah. Jika ragu, kecederaan tersebut mesti dirawat sebagaimana rawatan patah.
Punca Patah Tulang.
Punca Patah Tulang.
- Kekuatan hentakan tepat (direct force) – patah berlaku ditempat yang menerima hentakan
- Kekuatan hentakan sipi (indirect force) - patah berlaku ditempat yang menerima hentakan
Terkehel
- Selepas sesuatu pergerakan yang tidak semena-mena serta luar biasa, tulang di bahagian sendi mungkin terkehel. Ia diikuti dengan rasa sakit yang amat sangat serta bengkak.
- Berkemungkinan hilang daya upaya di tempat cedera.
- Kadang kala mungkin ada tulang yang cedera di bahagian tersebut atau berhampiran dengannya.
- Oleh itu, elakkan merawat tempat terkehel kerana ia akan menyebabkan kehilangan daya rasa atau pergerakan oleh tekanan di atas urat saraf berhampiran atau saraf saluran darah.
- Bantu pesakit supaya berkedudukan dalam posisi yang sangat selesa
- Tinggikan bahagian kecederaan untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak
- Jika berasa ragu, rawat kecederaan sebagaimana merawat patah
- Lakukan demahan sejuk atau pek ais. Letak demahan di atas tempat cedera selama 20 minit untuk setiap 4 jam
- Selepas 20 minit, sokong sendi dengan balutan kemas, tinggikan dan rehatkan
- Kecederaan perlu diperiksa oleh doktor bagi memastikan tiada tulang patah
- Patah tertutup – tulang patah di dalam dan tiada kecederaan kulit
- Patah terbuka – tulang yang patah akan menonjol keluar pada permukaan kulit
- Patah melarat – patah tulang yang mengakibatkan organ di sekelilingnya rosak. Contohnya, paru-paru rosak disebabkan patah tulang rusuk atau kerosakan otak disebabkan tengkorak pecah.
- Patah rebung – hanya sebahagian daripada tulang yang patah. Ia berlaku apabila tulang kanak-kanak yang muda dan baru membesar itu cedera. Ia mungkin kelihatan bengkok seperti ranting muda dan lembut.
- Sakit di tempat patah atau berhampiran dengannya
- Bengkak berserta lebam
- Hilang daya pergerakan pada bahagian cedera
- Perubahan rupa bentuk. Ini dapat dibandingkan di antara lengan tangan serta kaki yang cedera dengan anggota yang tidak cedera
- Wujudnya tanda-tanda renjatan
- Sokong dan ampu bahagian cedera dan elakkan gerakan pada bahagian tersebut
- Tutup mana-mana luka dengan kain bebat suci hama
- Sokong bahagian cedera dalam posisi yang sangat selesa. Jika patah lengan, rehatkan bahagian tersebut menggunakan bantal atau kusyen
- Guna bahagian anggota yang tidak cedera sebagai sokongan seperti bebat jari yang patah kepada jari di sebelahnya
- Dapatkan bantuan perubatan dengan kadar segera
Bebatan
Pembebatan dilakukan untuk menutup luka dengan tujuan untuk memberhentikan pendarahan serta memastikan luka bersih dan mencegahnya daripada tercemar.
Kain bebat boleh disuci hama bagi memusnahkan sebarang bakteria. Kebiasaannya, ia dibungkus atau ditutup rapat dalam bungkusan kedap udara dan sedia untuk diguna.
Kain bebat seharusnya diperbuat daripada kain kapas yang halus, putih serta tidak berbulu. Bahagian dalam sapu tangan yang bersih atau kertas tisu boleh disesuaikan penggunaannya jika perlu.
Menggunakan bebatan.

- Cuci tangan sebelum menyentuh luka atau kain bebat
- Guna kain bebat yang menutupi keseluruhan luka tersebut
- Memegang kain bebat di sebelah tepi
- Tambah alas pada luka supaya lebih selesa dan lapik bersama-sama kain balutan
Balutan
Dalam Bantuan Kecemasan biasanya pembalut berbentuk segi tiga yang diperbuat daripada kain belacu yang kukuh digunakan. Kain selebar satu meter persegi dipotong separuh pada bahagian 2 penjuru bertentangan.
Lipatan anduh tiga segi
Lipatan anduh tiga segi
- Lipatan lebar - Lipat dalam bentuk lipatan lebar bagi menutup tuap (splinta) atau bebatan pada bahagian besar badan.
- Lipatan kecil - Lipat dalam bentuk lipatan kecil untuk menutup bebatan luka kecil.
- Lipatan pelapik - Lipat dalam bentuk pelapik padat untuk mengawal pendarahan
Ia mungkin berlaku disebabkan berita buruk yang diterima, atau tersangat gembira, terlalu panas atau berdiri terlalu lama. Pesakit kelihatan terperanjat, nadi lemah, berasa pening dan berpusing seterusnya boleh jadi rebah.
Apa yang perlu dilakukan?
Apa yang perlu dilakukan?
- Rawatan paling berkesan adalah baringkan pesakit di atas lantai dan tinggikan kakinya
- Longgarkan bahagian pakaian yang ketat iaitu pada leher dan pinggang
- Makanan atau minuman tidak boleh diberi sama sekali sehingga dia betul-betul pulih seperti sedia kala
- Periksa reaksi pesakit bila anda bercakap dengannya. Jika dia tidak sedarkan diri, baringkannya dalam posisi pemulihan dan pastikan saluran udaranya terbuka.
Renjatan
Ia berlaku disebabkan kekurangan pengaliran darah dalam tubuh. Kecederaan atau sakit dengan tiba-tiba boleh membawa kepada renjatan. Ketika pendarahan serius, seseorang boleh menemui ajal disebabkan renjatan yang teruk. Namun ia dapat dielakkan sekiranya langkah-langkah bantuan kecemasan diberi dengan cepat dan betul.
Tanda Renjatan.
Tanda Renjatan.
- Kelihatan pucat
- Sejuk dan kulit melekit
- Denyutan nadi lemah dan pantas
- Rasa sakit dan hendak muntah
- Rasa hendak pitam dan pening
- Mungkin berasa dahaga kerana kehilangan cairan tubuh yang banyak (biasanya disebabkan terbakar atau pendarahan)
- Akan menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri
- Terlentangkan mangsa, tinggikan kedua-dua kaki bagi keberkesanan pengaliran darah
- Longgarkan bahagian pakaian yang ketat terutama pada bahagian leher dan pinggang
- Pastikan keadaan sekeliling tenang dan dapatkan seberapa banyak udara bersih
- Selimutkan mangsa agar sentiasa panas tetapi jangan pula biarkan badannya terlalu panas
- Elakkan daripada memberi sebarang makanan atau minuman kepadanya kerana ia boleh menyebabkan muntah
- Beri keselesaan dan keyakinan kepada pesakit dan periksa bahawa semua kecederaan telah dikenalpasti serta dirawat
- Dapatkan bantuan lanjut.
- Jika didapati pesakit tidak sedarkan diri, buka saluran udaranya. Periksa sama ada dia bernafas, jika tidak, beri bantuan pernafasan segera.
- Jika bernafas, pastikan dia dalam keadaan posisi pemulihan iaitu kepalanya didongakkan agar saluran udaranya terbuka luas.
- Sentiasa berada di samping pesakit
- Dapatkan bantuan ambulans secepat mungkin.
Pendarahan Hidung
Hidung berdarah biasa berlaku kepada kanak-kanak disebabkan selsema teruk atau cuaca panas. Ia juga boleh berlaku kerana sentuhan kuat dilakukan pada bahagian hidung semasa melakukan latihan.
Apa yang harus dilakukan?
-Dudukkan pesakit dan tindukkan sedikit kepalanya ke bawah.
-Arahkan pesakit bernafas melalui mulut
-Picit pada bahagian lembut hidung selama 10 minit, lepaskan. Jika hidung masih berdarah, ulang picit di tempat yang sama untuk tempoh 10 minit lagi.
-Minta pesakit tidak hembus hidung dalam tempoh beberapa jam.
Pendarahan Oleh Sebab Objek Luar Yang Terlekat Pada Tubuh
Objek-objek luar seperti kaca, besi atau serpihannya berkemungkinan melekat dalam bahagian luka selepas berlaku sesuatu kemalangan. Ia hanya boleh dibuang oleh Pembantu Kecemasan sahaja. Itu pun jika objek tersebut melekat pada lapisan luar kulit sahaja.
Jika objek terbenam di dalam, lekapkan kain bebat di tepi sekeliling objek sebelum mengenakan tekanan untuk memberhentikan pengaliran darah.
Kemungkinan besar tidak banyak pengaliran darah berlaku kerana objek luar yang terbenam boleh menyebabkan berlakunya sekatan saluran darah.

Jika darah terlalu banyak hilang (tumpah darah) dari tubuh disebabkan luka atau sebarang kecederaan, pesakit mungkin akan meninggal dunia. Sentiasalah beringat supaya memberhentikan pendarahan secara serta-merta.
Apa yang perlu dilakukan?
Apa yang perlu dilakukan?
- Bersihkan luka daripada kekotoran. Bersihkan bahagian luka dengan cucuran air jika boleh, sehingga bersih
- Tangan anda perlu dicuci sebelum atau selepas memberi bantuan kecemasan kepada pesakit untuk menghindar infeksi. Guna kain bebat suci hama (sterial bandage) jika boleh. Hentikan pengaliran darah dengan menekan kemas atas luka, atau tautkan rapat-rapat bahagian luka. Letakkan kain bebat yang tebal kemas-kemas pada bahagian luka. Jika tiada kain bebat sesuai, gunakan sebarang pembalut lapik atau bahan-bahan yang serupa dengannya atau kertas tisu. Beri tekanan yang kemas untuk 10 minit . Sebaik-baiknya terlentangkan pesakit yang dirawat.
- Jika luka berlaku pada anggota tangan atau kaki, tinggikan bahagian tersebut untuk meredakan pendarahan. Selesakan dan yakinkan pesakit.
- Jika darah masih mengalir meresapi pada bebatan pertama, pastikan bebatannya berada di tempat yang betul. Jika masih berdarah, tambahkan selapis lagi tanpa membuang kain bebat pertama.
- Biarkan bahagian luka berada dalam kedudukan tinggi beberapa ketika selepas pendarahan berjaya dihentikan. Doktor harus memeriksa semua luka yang teruk. Jahitan luka perlu dilakukan supaya cepat sembuh.
- Luka tusukan seperti tertusuk paku karat atau gigitan kucing ataupun anjing boleh menyebabkan jangkitan. Suntikan anti-tatanus (kancing gigi) mungkin perlu untuk kes ini.
Peredaran Darah
Jantung mengepam darah ke seluruh tubuh membawa makanan dan oksigen ke setiap sel-sel tubuh. Pada masa yang sama, ia membawa bahan kumuh, dikumpulkan ke paru-paru, buah pinggang dan kulit untuk dikeluarkan daripada tubuh badan manusia.
Selagi jantung berdenyut, selagi itulah nadi boleh dirasai dalam salur nadi yang melalui hampir dengan lapisan kulit. Tempat yang paling mudah dirasai nadi adalah pada bahagian atas pergelangan tangan serta di bawah telapak ibu jari tangan.
Denyut nadi yang mustahak dalam saat-saat kecemasan ialah di karotid (leher). Denyutannya dapat dirasa pada kedua-dua sisi leher iaitu di sebelah saluran udara. Denyut nadi normal orang dewasa ialah 60 hingga 80 kali seminit, manakala bayi mempunyai kadar lebih cepat iaitu antara 120 hingga 140 seminit.

Luka
Ia terjadi kerana bahagian dalam kulit pecah selepas sesuatu kecederaan.
Jenis Luka
Luka terhiris
Jenis Luka
- Luka terbuka
- Luka tertutup
- Pengaliran darah daripada luka melalui kulit.
- Terdapat beberapa jenis luka iaitu luka terhiris, luka terkoyak, luka tusukan, calar-balar dan luka tembakan.
- Pendarahan hanya berlaku di dalam tubuh
- Darah tidak keluar melalui kulit
- Boleh menyebabkan kesakitan dan renjatan
- Adakalanya darah mungkin keluar melalui pembukaan semulajadi dalam badan seperti melalui hidung, mulut, telinga, najis, air kencing atau muntah
- Kadangkala kelihatan tanda-tanda luaran seperti lebam atau darah terkumpul di bawah kulit
- Ada ketikanya tiada sebarang tanda-tanda luaran kelihatan
Luka terhiris
- akibat terkena pisau, pisau cukur atau hujung lembaran kertas
- menyebabkan darah keluar terlalu banyak kerana saluran pembuluh darah telah terpotong dan amat sukar untuk bercantum semula
- mungkin terkena kawat duri, alatan mesin atau cakaran binatang
- aliran darahnya kurang berbanding luka terhiris kerana saluran pembuluh darah terkoyak lebih cepat bercantum
- darah beku akan kelihatan merentangi pinggir luka
- luka ini boleh tercemar
- mungkin disebabkan paku, jarum, garfu perkebunan, batang besi atau taring
- mengakibatkan luka dalaman yang serius
- jika luka dalam, ia mudah terdedah kepada jangkitan kerana kuman dan kotoran mungkin telah terbawa ke dalam bersama
- dapat dilihat bila mana saluran darah di bawah kulit telah pecah akibat terjatuh, tergelincir atau berlaga
- 'kehitaman mata' juga tergolong sebagai calar balar atau lebam yang perlu dirujuk kepada doktor bagi mengelakkan berlaku kerosakan mata, tengkorak atau tulang pipi
Wednesday, December 8, 2010
Wednesday, December 1, 2010
Tuesday, November 30, 2010
IKATAN DAN SIMPULAN SERTA KEGUNAANNYA
BIL | JENIS IKATAN/ SIMPULAN | PENERANGAN |
1 | Buku Sila (reef knot) | Menyambung dua tali halus yang sama besar. Mengikat pembalut segi tiga semasa pertolongan cemas |
2 | Simpul Bunga Geti (Sheet Bend) | Menyambung dua tali yang sama besar dan tali yang tidak sama besar. Mengikat tali ke suatu tanjul. |
3 | Simpul Manuk (Clove Hitch) | Mengikat tali ke tiang.Simpul ini tidak akan terlunsur. Memulakan dan mengakhiri Ikat Seraya,Ikat Silang Gunting dan Lilit Kacang/Ular. |
4 | Simpul Tindih Kasih (Bowline) | Simpul penyelamat untuk menyelamat orang dengan memasukan tanjul itu keliling badan |
5 | Lilit Dua Simpul (Round Turn Two Half hitches) | Mengikat hujung tali ke tiang,pokok,gelong atau tali yang lain supaya ia tidak terlucut. |
6 | Lilit Pemati Biasa (Common Whipping) | Digunakan untuk mematikan hujung tali supaya hujung tali itu nampak kemas dan tidak terbuang. |
7 | Simpul Himpit (Fisherman's Knot) | Menyambung dua tali yang sama besar khasnya tali yang panjang Menyambung dua tali yang licin. |
8 | Simpul Pulih (Sheep Shank) | Untuk memedekkan tali Menguatkan bahagian tali yang lemah. Menegangkan tali yang kendur setelah kedua-dua hujungnya di ikat. |
9 | Bunga Geti Ganda (duble Sheet Bend) | Untuk menyambung dua tali yang tidak sama besar. Untuk menyambung dua tali yang licin. |
10 | Lilit Balak (Timber Hitch) | Untuk mengikat hujung tali ke tiang atau pokok dengan mudah. Untuk menarik balak atau kayu. Untuk memulakan Ikat Serong. |
11 | Lilit "Taut-Line" (Taut-Line Hitch) | Untuk mengikat tali khemah kepancang atau tali ke tiang supaya ia dapat di kendurkan atau di tegangkan. |
12 | Ikatan Seraya (Square Lashing) | Untuk mengikat dua batang kayu/buluh yang bersilang |
13 | Ikatan Serong (Diagonal Lashimg) | Untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu/buluh yang bersilang. |
14 | Tindih Kasih Ganda (Double Bowline) | Simpul Penyelamat untuk menyelamat orang dan 2 tanjul itu boleh diubah untuk sesuaian orang sakit. |
15 | Simpul Kerusi (Sheep Shank) | Untuk menurunkan orang dari bangunan atau juram dengan masukkan tanjul yang kecil keliling dada dan tanjul yang besar keliling kaki atau pelipatan lutut. |
16 | Belit Lucut (Highwayman's Hitch) | Untuk mengikat tali ke tiang atau dahan dan membukanya dengan senang. |
17 | Lilit Pasdul (Marline-spite Hitch) | Untuk membuat tangga. Untuk mencabut kayu pancang yang terbenam terlalu dalam tanah. |
18 | Lilit Pemati Selit (Sail-maker's Whipping ) | Digunakan untuk mematikan hujung tali supaya hujung tali itu nampak kemas dan tidak terbuang |
19 | Ikatan Silang Gunting (Sheer Lashing) | Untuk menyambung dua batang kayu/buluh bagi membuat kaki yang bersilang Untuk menyambung kayu supaya menjadi panjang. Untuk menguatkan batang kayu yang lemah. |
20 | Simpul Kepala Lalat (Crown Knot) | Untuk mencegah hujung tali daripada bercetai. |
21 | Sambatan Balik (Back Splice) | Untuk mencegah hujung tali daripada bercetai. Di mulakan dengan Kepala Lalat dan kemudian teruskan dengan ayaman balik. |
22 | Simpul Abah-abah (Manharness Knot) | Untuk membuat tanjul di tengah-tengah tali.Tanjul itu dimasukkan keliling dada dengan tujuan untuk menarik sesuatu barang. |
23 | Simpul Ngah (Sheep Shank) | Untuk membuat tanjul (gelung) di tengah tali.Sesuai untuk pendaki bukit.Saiz tanjul ini boleh di ubah mengikut kesesuaian orang itu. |
24 | Tindih Kasih Air (Water Bowline) | Untuk mengelakkan simpul dariapada mengetat atau mudah lucut bila ditarik dalam air. |
25 | Lilit Tindih Kejap (Rolling Hitch) | Untuk mengikat hujung tali ke tiang atau ke t |
JENIS IKATAN DAN SIMPULAN
1.BUKU SILA
Kegunaannya : -
Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat kain pembalut luka, menyambung tali yang sama besar saiznya dan untuk mematikan ikatan barang-barang. Kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula

2.BUNGA KETI
Kegunaannya : -
Simpulan ini digunakan bagi menyambung hujung tal yang tidak sama besar, misalnya tali perahu dengan tali kapal
Kegunaannya : -
Simpulan ini digunakan bagi menyambung hujung tal yang tidak sama besar, misalnya tali perahu dengan tali kapal
3.BUNGA KETI BERGANDA
Kegunaannya : -
Simpulan bunga keti berganda digunakan untuk menyambung dua tali yang tidak sama besar dan dapat digunakan dengan selamat.
Kegunaannya : -
Simpulan bunga keti berganda digunakan untuk menyambung dua tali yang tidak sama besar dan dapat digunakan dengan selamat.
4.LILIT 2 SIMPUL / SIMPUL BELIT
Kegunaannya : -
Bagi Mengikat Tali Pada Tiang Untuk Mematikan Ikatan Ke Pokok Atau Ke Pacang Kerana Cara Begini Midah DI Buka Dan Tidak Mudah Tanggal Ikatannya
Kegunaannya : -
Bagi Mengikat Tali Pada Tiang Untuk Mematikan Ikatan Ke Pokok Atau Ke Pacang Kerana Cara Begini Midah DI Buka Dan Tidak Mudah Tanggal Ikatannya
5.SIMPUL MANOK (Clove Hitch)
Kegunaannya : -
Simpulan ini akan digunakan sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu atau sebagainya.
Kegunaannya : -
Simpulan ini akan digunakan sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu atau sebagainya.
6.SIMPULAN PENGAIL (Fisherman's Knot)
Kegunaannya : -
Simpulan pengail digunakan untuk menyambung tali pada mata kail atau menyambung tali yang licin
Kegunaannya : -
Simpulan pengail digunakan untuk menyambung tali pada mata kail atau menyambung tali yang licin
7.SIMPUL PULIH
Kegunaannya : -
Simpulan ini digunakan bagi memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya. Ia juga digunakan untuk menguatkan bahagian yang tidak kukuh
Kegunaannya : -
Simpulan ini digunakan bagi memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya. Ia juga digunakan untuk menguatkan bahagian yang tidak kukuh
8.LILIT BALAK
Kegunaannya : -
Untuk Mengikat Tapi Pada Balak Dan Untuk Memindahkan Atau Mengheret Kayu Atau Batang Balak
Kegunaannya : -
Untuk Mengikat Tapi Pada Balak Dan Untuk Memindahkan Atau Mengheret Kayu Atau Batang Balak
9.TINDIH KASIH
Kegunaannya : -
Simpulan ini digunakan untuk mengikat leher binatang supaya tidak terjerut, dan membuat lubang tali yang tidak terjerut untuk mengangkat mangsa atau binatang ke atas seperti kucing terjatuh ke dalam telaga

10.SIMPUL PEMATI BIASA (COMMON WHIPPING)
Kegunaannya : -
Untuk Mematikan Hujung Tali Supaya Tidak Terurai
Kegunaannya : -
Untuk Mematikan Hujung Tali Supaya Tidak Terurai
11.LILIT ( Taut-Line )
Kegunaannya : -
Bagi Mengikat Tali Pada Tiang Dan Untuk Mematikan Ikatan Ke Pacang Khemah Kerana Kepanjangan Tali Boleh Di Ubah-Ubah
Kegunaannya : -
Bagi Mengikat Tali Pada Tiang Dan Untuk Mematikan Ikatan Ke Pacang Khemah Kerana Kepanjangan Tali Boleh Di Ubah-Ubah
Monday, November 29, 2010
Mari Bina Blog...
Semoga ianya membantu...
Membina sebuah blog adalah sangat mirip dengan membuat sebuah website. Anda hanya perlu menyedari beberapa perkara semasa membuat sebuah blog.
Untuk membina blog, terdapat 3 langkah asas yang perlu anda lakukan
Klik link di bawah;
JOM BINA BLOG
Seterusnya klik pada 'button' 'CREATE A BlOG'
'
Langkah Pertama
-Sila penuhkan form yang dipaparkan.
-Gunakan akaun gmail (email gmail)
-Masukkan katalaluan
Seterusnya masih lagi dalam langkah pertama.
-masukkan 'Word Verification' dengan tepat.
-'Tick" di dalam kotak yang disediakan bagi menyatakan kesediaan blogger dengan syarat dan terma yang disediakan.
-Klik pada 'button' CONTINUE.
Langkah ke2
-Sila masukkan tajuk blog anda.
-Masukkan alamat blog anda. Selepas dimasukkan alamat blog anda ini, sila klik pada 'Check Availability' bagi memastikan alamat blog yang anda pilih itu masih belum dimiliki oleh mana-mana blogger lain. Sekiranya sudah dimiliki, sila masukkan alamat yang baru.
-Klik pada 'button' CONTINUE.
Langkah ke3
-Pilih template permulaan (starter template anda. Untuk template yang lebih cantik, anda perlu downloadnya yang akan diceritakan nanti.
-Klik pada 'button' CONTINUE.
Blog dah siap...selamat blogging..

Subscribe to:
Posts (Atom)