Wednesday, December 29, 2010

Guru Penasihat BSM 2011

1.En.Solahuddin ( Ketua Penasihat)
2.En.Kamal Mizan bin Ismail
3.Pn.Norita bt.Abdullah( Setiausaha )
4.Pn.Zaimi bt.Mamat(Bendahari)
5.Pn.Suzana bt.Ngah@Salim
6.Pn.Hjh Haniza bt Omar
7.Pn.Hjh Sharifah Zanirah bt Tn Abdul Razak
8.Pn Zainab bt Abd Rahman
9.Pn Nur Ardina bt. Fauzi

Tuesday, December 28, 2010

Kejang Otot dan Puncanya

Punca ketegangan dan kejang otot ini mungkin kerana anda terlalu aktif atau setelah anda melakukan sebarang rutin senaman. Jika ia berlaku selepas anda melakukan latihan di gym, anda tak perlu risau. Rasa sakit sendi itu menunjukkan aktiviti kecergasan anda berkesan.
Apa yang perlu anda lakukan? 30 minit sebelum anda melakukan sebarang aktiviti atau ke gym, pastikan anda makan dan begitu juga 30 minit selepas aktiviti tersebut.
Makanan yang sesuai adalah seperti susu yang mengandungi ”whey protein”; makanan daripada karbohidrat yang ringkas seperti buah – buahan untuk memberikan tenaga dan sumber protein bagi membantu pembinaan otot. Fuhh,panjang lebar. hehe!
1- 2 jam selepas bersenam, baru lah anda boleh mengambil makanan yang biasa. Kekejangan otot juga merupakan simpton badan anda sedang dehidrasi juga kekurangan garam.
P/s: Seeloknya, sebelum melakukan latihan di gym, jangan lupa melakukan aktiviti regangan badan bagi mengelakkan masalah ketegangan otot.

Wednesday, December 15, 2010

BACAAN IKRAR

BAHAWASANYA KAMI / BELIA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA,DENGAN INI BERJANJI / AKAN TAAT KEPADA TUHAN,SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG DAN YANG DI PERTUAN NEGERI KAMI / BERDASARKAN KEPADA PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA / SERTA AKAN BERSAMA-SAMA MEREKA DI SELURUH DUNIA / MEMBANTU MEREKA YANG SAKIT DAN MENDERITA / BERDASARKAN KEPADA PRINSIP BULAN SABIT MERAH SEPERTI BERIKUT :

KEMANUSIAAN

KESAKSAMAAN

KEBERKECUALIAN

  KEBEBASAN

PERKHIDMATAN SUKARELA

BERSATU

KESEJAGATAN

Friday, December 10, 2010

Kecederaan dan Puncanya

Patah Tulang
 
Tulang yang retak ataupun pecah dipanggil patah. Biasanya amat sukar untuk mengenalpasti sama ada tulang tersebut retak atau pecah. Jika ragu, kecederaan tersebut mesti dirawat sebagaimana rawatan patah.

Punca Patah Tulang.
  • Kekuatan hentakan tepat (direct force) – patah berlaku ditempat yang menerima hentakan
  • Kekuatan hentakan sipi (indirect force) - patah berlaku ditempat yang menerima hentakan

Terkehel 

 
  • Selepas sesuatu pergerakan yang tidak semena-mena serta luar biasa, tulang di bahagian sendi mungkin terkehel. Ia diikuti dengan rasa sakit yang amat sangat serta bengkak.
  • Berkemungkinan hilang daya upaya di tempat cedera.
  • Kadang kala mungkin ada tulang yang cedera di bahagian tersebut atau berhampiran dengannya.
  • Oleh itu, elakkan merawat tempat terkehel kerana ia akan menyebabkan kehilangan daya rasa atau pergerakan oleh tekanan di atas urat saraf berhampiran atau saraf saluran darah.
Apa yang perlu dilakukan?
  • Bantu pesakit supaya berkedudukan dalam posisi yang sangat selesa
  • Tinggikan bahagian kecederaan untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak
  • Jika berasa ragu, rawat kecederaan sebagaimana merawat patah
  • Lakukan demahan sejuk atau pek ais. Letak demahan di atas tempat cedera selama 20 minit untuk setiap 4 jam
  • Selepas 20 minit, sokong sendi dengan balutan kemas, tinggikan dan rehatkan
  • Kecederaan perlu diperiksa oleh doktor bagi memastikan tiada tulang patah

  1. Patah tertutup – tulang patah di dalam dan tiada kecederaan kulit
  2. Patah terbuka – tulang yang patah akan menonjol keluar pada permukaan kulit
Ciri-ciri patah
  • Patah melarat – patah tulang yang mengakibatkan organ di sekelilingnya rosak. Contohnya, paru-paru rosak disebabkan patah tulang rusuk atau kerosakan otak disebabkan tengkorak pecah.
  • Patah rebung – hanya sebahagian daripada tulang yang patah. Ia berlaku apabila tulang kanak-kanak yang muda dan baru membesar itu cedera. Ia mungkin kelihatan bengkok seperti ranting muda dan lembut.
Tanda-tanda patah
  • Sakit di tempat patah atau berhampiran dengannya
  • Bengkak berserta lebam
  • Hilang daya pergerakan pada bahagian cedera
  • Perubahan rupa bentuk. Ini dapat dibandingkan di antara lengan tangan serta kaki yang cedera dengan anggota yang tidak cedera
  • Wujudnya tanda-tanda renjatan
Apa yang perlu dilakukan?
  • Sokong dan ampu bahagian cedera dan elakkan gerakan pada bahagian tersebut
  • Tutup mana-mana luka dengan kain bebat suci hama
  • Sokong bahagian cedera dalam posisi yang sangat selesa. Jika patah lengan, rehatkan bahagian tersebut menggunakan bantal atau kusyen
  • Guna bahagian anggota yang tidak cedera sebagai sokongan seperti bebat jari yang patah kepada jari di sebelahnya
  • Dapatkan bantuan perubatan dengan kadar segera

Bebatan

 
Pembebatan dilakukan untuk menutup luka dengan tujuan untuk memberhentikan pendarahan serta memastikan luka bersih dan mencegahnya daripada tercemar.

Kain bebat boleh disuci hama bagi memusnahkan sebarang bakteria. Kebiasaannya, ia dibungkus atau ditutup rapat dalam bungkusan kedap udara dan sedia untuk diguna.

Kain bebat seharusnya diperbuat daripada kain kapas yang halus, putih serta tidak berbulu. Bahagian dalam sapu tangan yang bersih atau kertas tisu boleh disesuaikan penggunaannya jika perlu.

Menggunakan bebatan.
  • Cuci tangan sebelum menyentuh luka atau kain bebat
  • Guna kain bebat yang menutupi keseluruhan luka tersebut
  • Memegang kain bebat di sebelah tepi
  • Tambah alas pada luka supaya lebih selesa dan lapik bersama-sama kain balutan

Balutan


 
Dalam Bantuan Kecemasan biasanya pembalut berbentuk segi tiga yang diperbuat daripada kain belacu yang kukuh digunakan. Kain selebar satu meter persegi dipotong separuh pada bahagian 2 penjuru bertentangan.

Lipatan anduh tiga segi
  • Lipatan lebar - Lipat dalam bentuk lipatan lebar bagi menutup tuap (splinta) atau bebatan pada bahagian besar badan.
  • Lipatan kecil - Lipat dalam bentuk lipatan kecil untuk menutup bebatan luka kecil.
  • Lipatan pelapik - Lipat dalam bentuk pelapik padat untuk mengawal pendarahan



Anduh

 


Ikatan Anduh


 
Apabila mengikat anduh, gunakan lipatan buku sila kerana ia adalah ikatan yang rata, kemas dan tidak mudah lucut.


 
Ia mungkin berlaku disebabkan berita buruk yang diterima, atau tersangat gembira, terlalu panas atau berdiri terlalu lama. Pesakit kelihatan terperanjat, nadi lemah, berasa pening dan berpusing seterusnya boleh jadi rebah.

Apa yang perlu dilakukan?
  • Rawatan paling berkesan adalah baringkan pesakit di atas lantai dan tinggikan kakinya
  • Longgarkan bahagian pakaian yang ketat iaitu pada leher dan pinggang
  • Makanan atau minuman tidak boleh diberi sama sekali sehingga dia betul-betul pulih seperti sedia kala
  • Periksa reaksi pesakit bila anda bercakap dengannya. Jika dia tidak sedarkan diri, baringkannya dalam posisi pemulihan dan pastikan saluran udaranya terbuka.

  Renjatan
Ia berlaku disebabkan kekurangan pengaliran darah dalam tubuh. Kecederaan atau sakit dengan tiba-tiba boleh membawa kepada renjatan. Ketika pendarahan serius, seseorang boleh menemui ajal disebabkan renjatan yang teruk. Namun ia dapat dielakkan sekiranya langkah-langkah bantuan kecemasan diberi dengan cepat dan betul.

Tanda Renjatan.
  • Kelihatan pucat
  • Sejuk dan kulit melekit
  • Denyutan nadi lemah dan pantas
  • Rasa sakit dan hendak muntah
  • Rasa hendak pitam dan pening
  • Mungkin berasa dahaga kerana kehilangan cairan tubuh yang banyak (biasanya disebabkan terbakar atau pendarahan)
  • Akan menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri
Apa yang perlu dilakukan?
  • Terlentangkan mangsa, tinggikan kedua-dua kaki bagi keberkesanan pengaliran darah
  • Longgarkan bahagian pakaian yang ketat terutama pada bahagian leher dan pinggang
  • Pastikan keadaan sekeliling tenang dan dapatkan seberapa banyak udara bersih
  • Selimutkan mangsa agar sentiasa panas tetapi jangan pula biarkan badannya terlalu panas
  • Elakkan daripada memberi sebarang makanan atau minuman kepadanya kerana ia boleh menyebabkan muntah
  • Beri keselesaan dan keyakinan kepada pesakit dan periksa bahawa semua kecederaan telah dikenalpasti serta dirawat
  • Dapatkan bantuan lanjut.
  • Jika didapati pesakit tidak sedarkan diri, buka saluran udaranya. Periksa sama ada dia bernafas, jika tidak, beri bantuan pernafasan segera.
  • Jika bernafas, pastikan dia dalam keadaan posisi pemulihan iaitu kepalanya didongakkan agar saluran udaranya terbuka luas.
  • Sentiasa berada di samping pesakit
  • Dapatkan bantuan ambulans secepat mungkin.
Pendarahan Hidung
 
Hidung berdarah biasa berlaku kepada kanak-kanak disebabkan selsema teruk atau cuaca panas. Ia juga boleh berlaku kerana sentuhan kuat dilakukan pada bahagian hidung semasa melakukan latihan.

Apa yang harus dilakukan?
-Dudukkan pesakit dan tindukkan sedikit kepalanya ke bawah.
-Arahkan pesakit bernafas melalui mulut
-Picit pada bahagian lembut hidung selama 10 minit, lepaskan. Jika hidung masih berdarah, ulang picit di tempat yang sama untuk tempoh 10 minit lagi.
-Minta pesakit tidak hembus hidung dalam tempoh beberapa jam.

Pendarahan Oleh Sebab Objek Luar Yang Terlekat Pada Tubuh

Objek-objek luar seperti kaca, besi atau serpihannya berkemungkinan melekat dalam bahagian luka selepas berlaku sesuatu kemalangan. Ia hanya boleh dibuang oleh Pembantu Kecemasan sahaja. Itu pun jika objek tersebut melekat pada lapisan luar kulit sahaja.

Jika objek terbenam di dalam, lekapkan kain bebat di tepi sekeliling objek sebelum mengenakan tekanan untuk memberhentikan pengaliran darah.

Kemungkinan besar tidak banyak pengaliran darah berlaku kerana objek luar yang terbenam boleh menyebabkan berlakunya sekatan saluran darah.

  Pendarahan
 
Jika darah terlalu banyak hilang (tumpah darah) dari tubuh disebabkan luka atau sebarang kecederaan, pesakit mungkin akan meninggal dunia. Sentiasalah beringat supaya memberhentikan pendarahan secara serta-merta.

Apa yang perlu dilakukan?

  • Bersihkan luka daripada kekotoran. Bersihkan bahagian luka dengan cucuran air jika boleh, sehingga bersih
  • Tangan anda perlu dicuci sebelum atau selepas memberi bantuan kecemasan kepada pesakit untuk menghindar infeksi. Guna kain bebat suci hama (sterial bandage) jika boleh. Hentikan pengaliran darah dengan menekan kemas atas luka, atau tautkan rapat-rapat bahagian luka. Letakkan kain bebat yang tebal kemas-kemas pada bahagian luka. Jika tiada kain bebat sesuai, gunakan sebarang pembalut lapik atau bahan-bahan yang serupa dengannya atau kertas tisu. Beri tekanan yang kemas untuk 10 minit . Sebaik-baiknya terlentangkan pesakit yang dirawat.
  • Jika luka berlaku pada anggota tangan atau kaki, tinggikan bahagian tersebut untuk meredakan pendarahan. Selesakan dan yakinkan pesakit.
  • Jika darah masih mengalir meresapi pada bebatan pertama, pastikan bebatannya berada di tempat yang betul. Jika masih berdarah, tambahkan selapis lagi tanpa membuang kain bebat pertama.
  • Biarkan bahagian luka berada dalam kedudukan tinggi beberapa ketika selepas pendarahan berjaya dihentikan. Doktor harus memeriksa semua luka yang teruk. Jahitan luka perlu dilakukan supaya cepat sembuh.
  • Luka tusukan seperti tertusuk paku karat atau gigitan kucing ataupun anjing boleh menyebabkan jangkitan. Suntikan anti-tatanus (kancing gigi) mungkin perlu untuk kes ini.
Nota : Bahan dipetik daripada Panduan PC PBSM Malaysia

Peredaran Darah


 
Jantung mengepam darah ke seluruh tubuh membawa makanan dan oksigen ke setiap sel-sel tubuh. Pada masa yang sama, ia membawa bahan kumuh, dikumpulkan ke paru-paru, buah pinggang dan kulit untuk dikeluarkan daripada tubuh badan manusia.

Selagi jantung berdenyut, selagi itulah nadi boleh dirasai dalam salur nadi yang melalui hampir dengan lapisan kulit. Tempat yang paling mudah dirasai nadi adalah pada bahagian atas pergelangan tangan serta di bawah telapak ibu jari tangan.

Denyut nadi yang mustahak dalam saat-saat kecemasan ialah di karotid (leher). Denyutannya dapat dirasa pada kedua-dua sisi leher iaitu di sebelah saluran udara. Denyut nadi normal orang dewasa ialah 60 hingga 80 kali seminit, manakala bayi mempunyai kadar lebih cepat iaitu antara 120 hingga 140 seminit.

 Luka
Ia terjadi kerana bahagian dalam kulit pecah selepas sesuatu kecederaan.

Jenis Luka

  1. Luka terbuka
  2. Luka tertutup
Luka Terbuka
  • Pengaliran darah daripada luka melalui kulit.
  • Terdapat beberapa jenis luka iaitu luka terhiris, luka terkoyak, luka tusukan, calar-balar dan luka tembakan.
Luka Tertutup
  • Pendarahan hanya berlaku di dalam tubuh
  • Darah tidak keluar melalui kulit
  • Boleh menyebabkan kesakitan dan renjatan
  • Adakalanya darah mungkin keluar melalui pembukaan semulajadi dalam badan seperti melalui hidung, mulut, telinga, najis, air kencing atau muntah
  • Kadangkala kelihatan tanda-tanda luaran seperti lebam atau darah terkumpul di bawah kulit
  • Ada ketikanya tiada sebarang tanda-tanda luaran kelihatan
Jenis Luka Terbuka:-
Luka terhiris
  • akibat terkena pisau, pisau cukur atau hujung lembaran kertas
  • menyebabkan darah keluar terlalu banyak kerana saluran pembuluh darah telah terpotong dan amat sukar untuk bercantum semula
Luka terkoyak
  • mungkin terkena kawat duri, alatan mesin atau cakaran binatang
  • aliran darahnya kurang berbanding luka terhiris kerana saluran pembuluh darah terkoyak lebih cepat bercantum
  • darah beku akan kelihatan merentangi pinggir luka
  • luka ini boleh tercemar
Luka tusukan
  • mungkin disebabkan paku, jarum, garfu perkebunan, batang besi atau taring
  • mengakibatkan luka dalaman yang serius
  • jika luka dalam, ia mudah terdedah kepada jangkitan kerana kuman dan kotoran mungkin telah terbawa ke dalam bersama
Calar-balar
  • dapat dilihat bila mana saluran darah di bawah kulit telah pecah akibat terjatuh, tergelincir atau berlaga
  • 'kehitaman mata' juga tergolong sebagai calar balar atau lebam yang perlu dirujuk kepada doktor bagi mengelakkan berlaku kerosakan mata, tengkorak atau tulang pipi

Wednesday, December 1, 2010

Perkhemahan BSMM SMK Paka 2010

UNIFORM BSMM DAN AKSESORI LENGKAP


Nota: Pembebatan dan Pembalutan